Friday 17 August 2012

perjalanan jauh tak ku rasa

kuatkan radio kuatkan radioooooo!
*balik kampung by allahyarham sudirman hj arshad*

heh! tu diaaa. semua barang dah siap packing! engine pun dah panas, tayar dah pump, kereta dah basuh, servis kereta pun dah. tunggu apa lagii?

marilahhhhhhhh!
pulang ke desa tercinta bersama keluarga meraikan lebaran pasti menyeronokkan.




kehangatan nya dirasa

hai kawan kawan!

kepada yang mengenali diri ini dan juga baru mengenali dan yang ingin mengenali, saya nazheef ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin, kosong kosong lah yeeee! ;) 
nantikan entry 1syawal 1malaysia dari sayaaaa, untuk itu stay tune di blog kiteee ni yeee, peaceeeee v(^^)v


ni nazheef buat sendiri tau, untuk kawan kawan nazheef semua, happy eid! ;)

kepada mereka mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati hatilah di jalan raya, seatbelt pakai, helmet pun pakai yeeee, untuk keselamatan diriiii, 
memandu dan menunggang lah dengan cermat, pandu cermat jiwa selamat, pesanan ikhlas dari jabatan pengangkutan jalan. eh haha ;)

main mercun jangan, 
kelak putus tangan,
Aidilfitri membawa seribu satu kemanisan,
bermaaf maafan jadikan amalan. 

Selamat  Hari Raya!


Thursday 16 August 2012

similar but dissimilar

Salam muhibbah salam terakhir salam istimewa, eh!
alaaaa, janji bagi salam dah la kannn, ;)

"ma makna puasa?"

puasa dari segi bahasa, chopp! ni bukan kelas fardhu ain mahupun fardhu kifayah ye, hee. maafkan nazheef, sorry my bad.

okay, semua orang tahu puasa tak boleh makan, minum, hisap rokok dan segala hisap lah, kawal hawa nafsu. yeahhhh itu puasa.

"apa nama bulan puasa?"

"Ramadhan almubarak, ustaz nazheef"
ehemmm, memerli ye kamu. ok pandai, Ramadhan almubarak nama bulan puasa bagi seluruh umat Islam di dunia ini. okay, apa yang sama tapi tak serupa. haaa ni yang nazheef nak cerita sikit ni. secara averagenya, kita akan mula berpuasa start dari darjah satu *purata*
mak ayah kita akan selalu kata begini "nak, kamu dah besar, kena belajar puasa". agaklah darjah satu baru nak belajar puasa, tapi tu purata je ye saya ambil kira. ada je yang belajar puasa umur 4 tahun 5 tahun. so, berbalik pada kisah kita, budak budak baru belajar puasa, memang banyak la siaran astro nya, "macam macam ada" ragamnya. Penat lah, hauslah, laparlah, pelbagai alasan digunakan, tapi tu semua untuk mendidik mereka agar tahu erti kesusahan yang dihadapi orang lain. selalu mereka mesti akan berpuasa ibarat mereka sedang berperang, sungguh sungguh ni bangun sahur, sampai pinggan nasi dan lauk jadi tempat melentokkan kepala, dan mak ayah pun akan menabur janji janji manis akan membelikan kasut raya yang berlampu warna warni sebagai upah puasa penuh, haha. puasa ada upah? seronok la kan bebudak tu puasa ada upah. takpelah asalkan mereka puasa dan bila besar mereka akan faham mengenai puasa itu sendiri, bukan kerana dapat upah tetapi kerana itu kewajipan kan, itu secara ringkas puasa pasal budak budak.

bagi budak yang dah besar panjang dan lebar?

haaaa, kadang kadang iman ni naik dan turun, bebudak besar panjang lebar ni boleh jadi budak budak 6 tahun 5 tahun. ada je lobang yang terkoyak. dengar alasan tak munasabah, penat la, gastrik laa. kadang kadang bebudak tu lagi strong dari abang abang kakak kakak. haha, yeahtu kalau perempuan ada la jugak alasan tak puasa kan, nazheef utamakan yang kaum Adam, susah nak penuh, sama la jugak macam nazheef, hihi kadang kadang ada emergency case yang menyebabkan, ter-skip puasa. di highlight kan di sini yeee, ter-. nazheef ni sama je macam orang lain, ponteng jugak. tapi takpelah demi mengingatkan diri sendiri dan orang lain kan. haha, sesungguh kita semua insan yang lemah. benda nya sama je, iaitu puasa dan apa yang bezanya ialah semangat tu sendiri, semangat juang nak lawan nafsu yang bergelora tu, yelah nak kata setan hasut, tak mungkin la sebab setan sedang menikmati cuti sebulan di hotel besi. so sekarang punya angkara ialah setan yang berkepala dan berambut hitam lah punya kerjaaaa. hehe.

cerita pasal Ramadhan dan puasa ni sampai sudah takde kesudahan, macam macam kerenah peristiwa yang berlaku dalam sekitar bulan ni, belum cerita bab bazaar lagi ni, memang panjang lah entri ni. fuhhhh tahan nazheef tahan, awal lagi nak buka. hihi, so for the conclusion, Puasa itu suatu ibadah dan umat Islam mukallaf wajib berpuasa kerana kan tu rukun islam kita. 

jari ni pun dah penat taip, otak pun dah kering idea (maklumlah lapar) haha, takpe nanti kita sambung lagi bercerita ceritu ceriti yeeeee, eh awak awak yang membaca, nazheef ucapkan selamat berpuasa dan berhari raya, kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. malam lebih baik dari seribu bulan, bulan ibadah dan bulan keampunan, sampai di sini coretan untuk kali ini, see ya next timeeeeee! Assalamualaikummm selamat beramal ;)

Hembusan Nafas Baru...

Hey saudara saudari chikabummm chikabummm,

Bismillahirrahmanirrahim, ehemmm.
apa khabar?
sihat?
sudah makan?
 
***
Okayy, firstly nazheef nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog ini, blog yang tak seberapa tapi ada juga lah nice nya, eh. Seperti diberi peluang hidup kali kedua, yeahhhh nazheef kembali berjinak dalam arena blog ni, hohoho. Bukan apa, cuma rindu detik detik mengepost entri entri. 

Sekadar perkongsian bersama, apa yang kurang tu dah tentu kelemahan diri nazheef sendiri. taknak taip pepanjang kerana waktu mencemburui kita, eh. Nobody perfect but nobody nobody but you. hewhew.

Salam perkenalan dari nazheef sendiri buat pembaca blog ini, yang sudi meluangkan masa membaca, yeah million thanks for youuuuu guys. enjoy your read! ;)

***
ingin mengetahui tuan tanah kedaung blog yang cecikai ini? sila lihat bawah, bukan tepi bukan atas yeeeee ;)

|
|
|
|
|
|
|
|
V

Tadaaaaaaaaaaaa! meet uncle nazheef, eh meet the robinson, bukan bukan.  mempersembahkan tokey blog ini,

okay ini nazheefikhwan empunya tanah blog yang berukuran 100ekar persegi perbulat, say hi to him! ;)

nama : Muhammad Nazheef Ikhwan
asal : perut mama dia
umur : masih teruna, eh!
alamat : anywhere everywhere


so thats all for the intro! enjoy and cheer up! ;)